• MA63: Rundingan Kini Di Peringkat Perundangan

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, rundingan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri masih dijalankan dan kini di peringkat kedua rundingan yang melibatkan perundangan.

    Menurutnya, apa yang dirundingkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan bekas Ketua Menteri Sarawak termasuk Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem melibatkan dua peringkat iaitu pentadbiran dan perundangan.

    "Peringkat pertama iaitu pentadbiran telah selesai dan kini masuk perkara kedua yang agak sulit kerana melibatkan peruntukan perundangan termasuk perlembagaan," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Jelas Fadillah yang juga Ketua Pemuada Barisan Nasional (BN) Sarawak, tindakan Perdana Menteri mengulangi pendirian kerajaan persekutuan untuk mengembalikan hak Sarawak dan Sabah adalah untuk mengelakkan salah faham.

    "Sepatutnya tidak ada kenyataan lain selain daripada apa yang telah dipersetujui itu kerana kita perlu memfokuskan apa yang telah dipersetujui dan mencari jalan penyelesaian untuk kita bergerak ke hadapan.

    "Tetapi dalam masa yang sama, kita berkehendakkan dengan apa yang sudah termaktub dalam perjanjian dahulu (MA63) dan peruntukan perundangan mestilah dikembalikan kepada Sarawak." ujarnya. - Sarawakiana




  • No Comment to " MA63: Rundingan Kini Di Peringkat Perundangan "