• MA63 Bukan Tebusan Politik BN - Cobbold John

    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+
    KUCHING: Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Persidangan Tiga Tahun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tempoh hari disifatkan sebagai sebagai sebuah "politik tebusan" oleh Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Cobbold John Lusoi.

    Dalam ucapan nya, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, beliau bersedia mengembalikan hak-hak Sabah Sarawak yang sekiranya Malaysia telah mengambil atau terambil hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia MA63 secara sengaja atau tidak. Beliau menegaskan dengan dua syarat, iaitu, tiada istilah keluar dari Persekutuan Malaysia dan juga meminta agar rakyat Sarawak menyokong penuh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Ketika dihubungi oleh semalam, Cobbold mengecam kenyataan Najib sebagai sebuah ugatan politik.

    "Tidak ada keperluan atau mana-mana peruntukan dalam perundangan Malaysia menyatakan bahawa sokongan kepada Barisan Nasional akan mengembalikan hak-hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia MA63 yang terhakis. Ini satu "politik tebusan" dan suatu tindakan yang tidak menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia", kata Cobbold menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

    Cobbold menegaskan bahawa, hak-hak Sabah dan Sarawak telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia dan beliau mempersoalkan kredabiliti Najib sebagai seorang Perdana Menteri.

    "Pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut adalah United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), North Borneo (Sabah), Sarawak dan Singapura", jelasnya.

    "Najib bukan sebuah negara, mana ada kata Najib dan Barisan Nasional dalam MA63? Beliau hanya lah Perdana Menteri yang diamanahkan tugas mentadbir Malaysia dan dilantik oleh Yang DiPertuan Agong", kata Cobbold dengan nada sindiran.

    "Yang menarik adalah hak wilayah laut dan kita rakyat Sarawak hendak tahu bagaimana Malaysia mengembalikan hak kita. Jangan pula Kerajaan BN cakap PETRONAS yang salah kelak", ulas Cobbold.

    Cobbold juga menyeru agar Pakatan Harapan harus bertindak lebih proaktif sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada PRU14. Katanya, anjakan pardigma PH adalah perlu dan bukan seperti mana sebelumnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " MA63 Bukan Tebusan Politik BN - Cobbold John "