• Lukaku langsai 'hutang'

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    MANCHESTER, England: Jaringan ke-14 Romelu Lukaku musim ini memastikan Manchester United kembali mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Bounemouth, sebentar tadi susulan kekalahan aksi tetangga kepada Manchester City.

    Biarpun terus memperagakan prestasi tidak meyakinkan, sekurang-kurangnya United menghalang skuad kendalian Pep Guardiola daripada terus melebarkan jurang 11 mata.

    United hanya memerlukan 25 minit untuk mendahului di Old Trafford menerusi tandukan Lukaku yang bijak membaca bola hantaran lambung Juan Mata, untuk gol kedua liganya sejak hujung September lalu.

    Menerusi jaringan itu sekurang-kurangnya menyaksikan bekas penyerang Everton itu menjawab kritikan selepas kecuaiannya dalam 'mengumpan' dua gol buat City ketika menewaskan United 2-1, Ahad lalu.

    Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol United, David de Gea kerana menafikan tiga percubaan berbahaya Bournemouth di hujung perlawanan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Lukaku langsai 'hutang' "