• LRT, Bas Berkuasa Hidrogem Diharap Dapat Tingkat Ekonomi Penduduk

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+
    Foto The Borneo Post
    SERIAN: Pengumuman Transit Aliran Ringan (LRT) menghubungkan Kuching- Serian serta pemerolahan bas berkuasa hidrogen bagi tujuan pelancongan di dua bahagian diharap dapat tingkatkan ekonomi penduduk.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata, pengumuman sedemikian oleh pemimpin negeri telah memberi harapan yang tinggi di kalangan rakyat.

    “Kami sangat teruja dengan pengumuman ini dan berharap semua ini akan berlaku tidak lama lagi kerana ia pasti akan meningkatkan ekonomi rakyat di Serian,” katanya.

    Tambah John lagi, selain perkhidmatan LRT dan bas hidrogen, engumuman mengenai pembinaan jambatan ikonik seperti yang dijanjikan pada Pesta Birumuh 2017, dan penubuhan pusat pemprosesan dan pengumpulan durian untuk menjadikan Serian hab durian turut mengembirakan penduduk Serian. - Sarawakiana
  • No Comment to " LRT, Bas Berkuasa Hidrogem Diharap Dapat Tingkat Ekonomi Penduduk "