• Lori Masuk Parit, Warga Emas Maut

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    KANOWIT: Seorang warga emas berusia 61 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Taan di sini, pagi tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

    "Terdapat seorang mangsa warga emas lelaki yang tersepit dalam lori. Mangsa telah berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan di lokasi kejadian," katanya.

    Mangsa yang maut diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana




  • No Comment to " Lori Masuk Parit, Warga Emas Maut "