• Lihat Keadaan Geografi Bukan Populasi Untuk Bina Pusat Kanser Sarawak

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian mencadangkan di Parlimen mengenai penubuhan pusat kanser di Sarawak.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau berkata, cadangan itu adalah memastikan Putrajaya menempatkan fasiliti yang sepatutnya untuk membolehkan pusat kanser beroperasi sepenuhnya di Sarawak yang mana kini sudah memiliki lima pakar onkologi.

    "Kerajaan patut melihat keadaan geografi sebagai pertimbangan dan bukan hanya menubuhkan pusat kanser berdasarkan populasi," katanya.

    Tambahnya, beliau mencadangkan pusat kanser tersebut dibangunkan berdekatan Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

    "Di Semenanjung Malaysia, mereka mudah untuk pergi ke pusat kanser Putrajaya tetapi tidak di Sarawak, kita tidak boleh memandu ke sana sebaliknya perlu terbang (menggunakan kapal terbang)," ujarnya.-Sarawakiana





  • No Comment to " Lihat Keadaan Geografi Bukan Populasi Untuk Bina Pusat Kanser Sarawak "