• Letupan St. Petersburg: Mangsa cedera meningkat kepada 10 orang

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+
    MOSCOW 28 Dis. - Mangsa yang cedera akibat letupan berhampiran sebuah pasar raya di bandar Saint Petersburg, Rusia semalam kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 10 orang.

    Portal BBC memetik pejabat gabenor wilayah itu sebagai berkata, daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya seorang mangsa dipercayai berada dalam keadaan parah ketika ini.

    Punca serangan masih dalam siasatan walaupun penemuan awal mendapati, serangan tersebut dipercayai sebahagian daripada cubaan membunuh. - Utusan


    Subjects:

  • No Comment to " Letupan St. Petersburg: Mangsa cedera meningkat kepada 10 orang "