• Lesen Punca Sarawak Gagal Rayu Sertai Liga Super

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Laporan Audit Tahunan 2016 yang tidak lengkap menjadi punca skuad Bujang Senang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mendapatkan lesen, sekali gus terkeluar dari senarai pasukan Liga Super pada tahun hadapan.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais ketika mengesahkan maklumat itu berkata, pihaknya dimaklumkan tentang keputusan itu dalam mesyuarat Perkongsian Terhad Lialibiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) hari ini.

    “FMLLP menolak rayuan kita berikutan masalah itu seterusnya menjejaskan harapan kita untuk kekal dalam Liga Super.

    Kata Posa, pihaknya bagaimanapun mengambil positif keputusan ini, kerana pasukannya masih dibenar bersaing dalam Liga Perdana musim depan.

    “Musim hadapan adalah waktu genting untuk mengembalikan kegemilangan pasukan, dan kita telah melantik Ian Andrew Gillan untuk menggalas tanggungjawab ini.

    “Kita percaya beliau memiliki perancangan dan strateginya sendiri, sementara kita menyelesaikan isu yang berbangkit daripada pentadbiran,” jelasnya lagi.

    Isu pelesenan skuad Sarawak telah berlarutan sejak Ogos lalu, apabila Posa memaklumkan bahawa mereka berhadapan kendala untuk memperoleh maklumat dan dokumen akaun daripada pengurusan Sarawak terdahulu, yang ditadbir oleh FAS FMG Sdn Bhd.

    Bagaimanapun isu tersebut selesai menjelang tarikh akhir yang ditetapkan FMLLP, namun maklumat yang diberikan ternyata masih belum memadai. – Sarawakvoice

    Subjects:

  • No Comment to " Lesen Punca Sarawak Gagal Rayu Sertai Liga Super "