• Lelaki Untuk Disewa Diperkenalkan Di China

    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Ekonomi di China semakin berkembang. Selaras dengan perkembangannya, banyak perkara boleh dijadikan duit di negara itu. 

    Bukan sahaja produk-produk berbentuk material boleh disewa, malah kekasih juga boleh disewa.

    Kekasih untuk disewa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada kaum wanita yang masih bujang, yang mahu menyewa lelaki untuk dijadikan peneman.

    Perkhidmatan sewa lelaki ini telah disediakan di sebuah pusat beli belah di Haikou, China. Lelaki kacak boleh disewa pada kadar 11 yuan sejam.

    Menurut pusat beli-belah itu, pelanggan boleh menyewa lelaki untuk dijadikan kekasih sementara dan bagi tujuan itu, enam lelaki telah disediakan.

    Kesemua lelaki itu bujang dengan ketinggian enam kaki. Lelaki kacak ini dimasukkan ke dalam kotak dan wanita yang mahu menyewa mereka perlu menggunakan imbasan pada kod QR di luar kotak.

    Tiada deposit dikenakan. Seorang wanita dibenarkan menyewa seorang lelaki sehingga sejam dengan syarat penyewaan itu hanya boleh dilakukan di dalam kompleks beli belah, tidak dibenarkan keluar.

    Menurut pekerja di jabatan perancangan pusat beli belah itu, Stacy Tian, perkhidmatan terbabit disediakan selepas mereka mendapat idea di mana budaya berkongsi semakin popular di China. Maka mereka mereka perkhidmatan untuk membantu kaum wanita meraikan perayaan walaupun pada tempoh singkat.

    “Terlalu banyak wanita bujang di China,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Untuk Disewa Diperkenalkan Di China "