• Lelaki Terkena Tombak, Tebus Ke Badan

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+


    INI memang kes naya. Seorang lelaki bernasib malang setelah terkena sebatang tombak berukuran 6.5 kaki panjang yang dibaling kepadanya ketika dia sedang duduk di dalam kereta.\

    Tombak itu telah menembusi cermin kereta lalu terkena belakangnya.

    Lelaki itu terpaksa dirawat di hospital di Anhui, di China. Tombak itu tercucuk di bahagian atas badannya dan ketika dibawa ke hospital, lelaki itu dalam keadaan sedar.

    Doktor bagaimanapun tidak membuang besi itu dengan segera kerana bimbang berlaku pendarahan.

    Hanya selepas dia ditukarkan ke hospital lain yang lebih besar, barulah pembedahan dijalankan.

    Polis masih menjalankan siasatan sama ada lelaki itu terkena besi berkenaan secara tidak sengaja atau ia merupakan perbuatan yang disengajakan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Terkena Tombak, Tebus Ke Badan "