• Lelaki Maut Dilanggar Dua Kereta

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    SUNGAI BULOH: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar dua kenderaan dari arah belakang di Kilometer 452.1 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini awal pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu membabitkan mangsa seorang lelaki berusia 29 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha terbabas di lokasi berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Somu Subramaniam, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa terbabas selepas melanggar pembahagi jalan.

    "Mangsa ketika itu terjatuh di lorong bahagian kanan selepas melanggar pembahagi jalan terbabit.

    "Kemudian datang dua kereta dari arah belakang jenis PERODUA Viva dan Volkswagen Polo melanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Somu berkata akibat daripada kejadian itu, mangsa maut di lokasi kejadian dan mengalami kecederaan parah di pelbagai bahagian badan.

    "Pemandu dua kereta terbabit pula dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

    Katanya, mangsa dihantar ke bahagian forensik Hospital Sungai Buloh bagi tujuan post moterm.

    Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pegangkutan jalan 1987. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Maut Dilanggar Dua Kereta "