• Lelaki Curang Tembak Bakal Isteri

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Saturday, 23 December 2017
    A- A+

    BANGKOK: Seorang lelaki menembak mati bakal isterinya lima hari sebelum majlis perkahwinan mereka selepas dia ditangkap mangsa curang dengan wanita lain.

    Ronnanchai Panchart, 25, mengaku membunuh tunangnya yang juga pegawai pergigian, Nontiya Krowjatturat dalam kejadian awal Selasa lalu di daerah Tha Sae, wilayah Chumphon.

    Dia dan Nontiya, 25, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Ahad ini di kampung mangsa yang terletak di daerah Sawi.

    Polis masih menyiasat kes berkenaan yang kemungkinan berlaku selepas suspek ditangkap berlaku curang oleh mangsa.

    Menurut penyiasat, Nontiya bertengkar dengan Ronnanchai selepas mangsa menemui lelaki itu bersama wanita lain di rumahnya.

    Nonthiya dibunuh pada jam 1 pagi dan mayatnya ditemui oleh rakan sekerja yang datang ke rumah selepas mangsa tidak hadir bertugas.

    Rakan mangsa kemudian menghubungi polis selepas melihat kesan darah di luar rumah selain kunci pintu yang pecah.

    Polis yang membuat siasatan akhirnya menangkap tunang mangsa manakala seorang wanita dipercayai kekasih suspek turut ditahan. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Curang Tembak Bakal Isteri "