• Lelaki Bakar Dua Isterinya Kerana Ibunya Tak Suka

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    KALAU dah nak jadi ‘anak mak’ baik jangan kahwin. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang tergamak membakar dua isterinya hanya semata-mata disebabkan ibunya tidak suka pada mereka.

    Dalam kejadian itu, Deepa Ram telah menipu dua isterinya, Daria Devi, 25, dan Mali Devi, 27, kononnya mahu keluar berjalan-jalan dan membeli barang kemas di Rajasthan, India.

    Daria dan Mali apa lagi, terus mengikut suami mereka kerana gembira akan diberikan barang kemas.

    Malangnya setiba di tepi jalan, dia telah mengunci mereka dari luar kereta, lalu membakar kenderaan terbabit.

    Deepa akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia yang melakukan jenayah itu disebabkan isteri-isterinya itu gagal membahagiakan ibunya.

    “Ketika dalam kereta, Deepa telah bergaduh dengan Daria dan Mali sebelum dia menghentikan kereta di tepi jalan.

    “Salah seorang daripada isterinya berjaya keluar dari kereta untuk meminta tolong namun Deepa cepat-cepat menolaknya masuk ke dalam kereta dan kemudian memandu kereta itu ke tempat lain.

    “Tidak lama kemudian, ketika berada di jalan yang sunyi, dia keluar dari kereta itu dan mengunci pintu kereta dari luar.

    “Ketika itu Daria dan Mali berada di dalam kenderaan itu. Deepa kemudiannya menyalakan api dan membakar kereta tersebut,’’ kata polis.

    Mungkin kini dengan kematian Daria dan Mali, ibu Deepa akan gembira walaupun Deepa sendiri akan masuk penjara. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Bakar Dua Isterinya Kerana Ibunya Tak Suka "