• Lee Saran Majikan Pastikan Pemandu Bas Rehat Secukupnya

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    SIBU: Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Tan Sri Lee Lam Thye berharap majikan-majikan syarikat bas sentiasa memandang serius dalam memastikan pemandu-pemandu mereka mempunyai rehat yang cukup sebelum memulakan setiap perjalanan.

    Menurutnya, ia adalah bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ekoran banyak tragedi melibatkan bas berlaku.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Lee berkata bagi memastikan tidak berlaku kemalangan membabitkan bas berulang oleh itu, perkara ini harus diberikan perhatian sepenuhnya oleh majikan.

    “Kita tidak mahu kemalangan membabitkan bas kembali berulang dan perkara ini harus diberikan perhatian oleh majikan syarikat bas berkenaan,” katanya.

    Jelas beliau, ini adalah kerana beliau menjangka keadaan lalu lintas di seluruh negara akan kembali sesak menjelang sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.

    Dalam pada itu, faktor kesesakan tersebut turut disebabkan orang ramai yang ingin pulang ke tempat kerja masing-masing selepas bercuti panjang.

    Mengulas lanjut, Lee berkata lebih 20 maut di seluruh negara dalam beberapa kemalangan jalan raya sejak kebelakangan ini.

    Oleh yang demikian beliau turut berharap agar orang ramai sentiasa mengutamakan keselamatan mereka serta mematuhi peraturan lalu lintas.- Sarawakiana
  • No Comment to " Lee Saran Majikan Pastikan Pemandu Bas Rehat Secukupnya "