• Lebam 'Anu' Anak Aku Dibuatnya

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun lebam pada alat kelaminnya akibat dicubit guru TADIKA pada kejadian di Kampung Baru, Sungai Buloh, Selangor, 17 November lalu.

    Mangsa dicubit gurunya yang berusia 30-an kerana kanak-kanak itu tidak mahu tidur pada waktu siang.

    Bapa mangsa, Woo Jack Son, 23, berkata, mereka menyedari mengenai kesan lebam itu ketika memandikan mangsa, jam 7 petang hari yang sama.

    “Apabila menyoal anak mengenai kesan lebam itu, dia menyatakan dicubit gurunya.

    “Kami membawanya untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan alat kelamin mangsa lebam dan bengkak disebabkan kuku seseorang,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA hari ini.

    Menurutnya, isterinya ada menanyakan hal berkenaan kepada guru terbabit dan pada mulanya, guru itu memberi alasan ia dilakukan rakan TADIKA mangsa.

    “Guru itu hanya mengakui tindakannya selepas saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, 23 November lalu.

    “Saya sudah melantik peguam untuk menguruskan kes ini,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lebam 'Anu' Anak Aku Dibuatnya "