• LCS Pertama Lalui Sesi Pelayaran Pertama Hujung Tahun Depan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+


    LUMUT -- Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama iaitu Kapal Diraja (KD) Maharaja Leladijangka akan mula melalui sesi pelayaran pertama pada hujung tahun depan sebelum diserahkan sepenuhnyakepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

    Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Laksamana Madya (Bersara) Tan Sri AhmadRamli Mohd Nor berkata pelayaran itu merupakan sesi percubaan di laut dan pelabuhan bagi memastikan kapaltersebut dalam keadaan terbaik sebelum dijangka diserahkan kepada TLDM pada tahun 2019.

    Beliau berkata sehingga kini kapal kombat tersebut telah siap 75 peratus dan kini sedang berada di fasaakhir pembinaan.

    "Setakat ini Maharaja Lela sedang dalam proses pemasangan sistem kombat yang mana agak sulit untukdilakukan yang kini sedang dipasang di Cyberjaya, Selangor selain kerja-kerja pemasangan dalaman.

    "Kita akan mencuba setiap sistem bagi memastikan tiada masalah dan kita mahu kapal tersebut dapatdigunakan pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 nanti," katanya dalam sidangmedia selepas Majlis Peletakan Lunas Kapal LCS Ketiga TLDM di Boustead Naval Shipyard yang dirasmikanKetua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

    Pada 24 Ogos lepas, upacara penamaan dan pelancaran KD Maharaja Lela yang merupakan kapal pertama daripada enam unit LCS telah disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sambil disaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Pangkalan TLDM.

    Pasangan Diraja itu serta tetamu kehormat turut menyaksikan pelepasan kapal tempur berkenaan ke lautbuat pertama kalinya.

    Ahmad Ramli juga berkata LCS kedua dijangka akan dilepaskan ke dalam laut pada Ogostahun depan manakala LCS ketiga pula pada Jun 2019.

    "Malah, kerja-kerja pembinaan LCS keempat kini sudah dimulakan menerusi pembikinan dan pemasanganpanel. Penting untuk kita pastikan perancangan dilihat secara holistik sekaligus kesemua LCS dapat disiapkanlebih awal,"katanya.

    Sementara itu, Abdul Rahim ketika berucap berkata pembinaan LCS telah membuka peluang kepada 20 vendor tempatan untuk menjalinkan kerjasama sekali gus meningkatkan kemahiran kepada pengusaha tempatan.

    "Dari segi pembangunan modal insan, pengalaman dan kemahiran yang ditimba setiap individu yang terlibatsecara langsung atau tidak langsung dalam projek ini mampu melahirkan tenaga mahir dan separa mahir yang kompiten, berkualiti dan memiliki tahap pasaran yang tinggi," katanya.

    Enam LCS yang dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BN Shipyard), anak syarikat BousteadHoldings Berhad dan syarikat sekutu Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) dengan kos RM9 bilion itu akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat sehingga kapal terakhir diserahkan pada tahun 2023.

    Kesemua kapal tempur tersebut dibina dengan keupayaan peperangan empat dimensi dengan mempunyaidaya tahan lasak mengatasi ancaman elektronik, udara, darat dan air serta sistem pengurusan peperangan yang terkini serta mampu menampung sehingga 118 anak kapal termasuk sebuah ceraian helikopter dan pasukan khas.-- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " LCS Pertama Lalui Sesi Pelayaran Pertama Hujung Tahun Depan "