• Lari Selepas Gergaji Bumbung Penjara

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    DENPASAR: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang ditahan atas tuduhan memiliki dadah melarikan diri dari penjara terkenal di Bali awal pagi semalam, kata seorang pegawai.

    Lelaki itu melarikan diri bersama rakan senegaranya yang berjaya ditangkap semula tidak lama selepas kejadian.

    Pihak berkuasa memberitahu, kedua-dua tahanan itu meloloskan diri dari penjara Kerobokan dengan memotong bumbung menggunakan gergaji besi.

    Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana mereka memperoleh alat berkenaan.

    Polis kini melancarkan operasi memburu dan mengedar gambar tahanan terbabit, Chrishan Beasley, 32, yang ditangkap Ogos lalu kerana membawa lima gram dadah.

    Pelancong asing yang datang ke Bali kerap ditangkap kerana kesalahan dadah.

    Beasley dilaporkan menunggu hukuman berhubung kesnya.

    Seorang banduan yang turut melarikan diri bersama Beasley, Paul Anthony Hoffman, 57, berjaya ditangkap sebelum melarikan diri lebih jauh.

    “Hoffman ditangkap serta-merta oleh penduduk tempatan yang melihatnya cuba melarikan diri, sementara Beasley yang ketika itu memanjat ke atas bumbung berjaya meloloskan diri,” kata ketua warden Kerobokan, Tonny Nainggolan.

    Hoffman berdepan penjara 20 bulan kerana merompak beberapa kedai serbaneka dengan bersenjatakan pisau. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Lari Selepas Gergaji Bumbung Penjara "