• Larangan Perjalanan Rakyat 6 Negara Muslim Ke US Dikuat Kuasa

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    Mahkamah Tertinggi Amerika Syarikat (AS) membenarkan larangan perjalanan terhadap rakyat enam negara majoriti Muslim berkuat kuasa penuh pada Isnin, walaupun masih dicapar di mahkamah rendah.

    Mahkamah Tinggi meluluskan permintaan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk menarik balik dua injunksi yang dikenakan oleh mahkamah rendah yang sebelum ini menghalang larangan itu.

    Ia adalah polisi versi ketiga yang mula dilaksanakan Trump seminggu selepas mengambil alih jawatan pada Januari.

    Keputusan itu bermakna ia berkuatkuasa bagi rakyat dari Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman yang ingin memasuki Amerika Syarikat.

    Trump mendakwa larangan itu diperlukan bagi melindungi Amerika Syarikat terhadap serangan keganasan daripada militan.

    Terdahulu, larangan ini dicabar dalam tuntutan berasingan oleh negeri Hawaii dan Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU).

    Menurut kedua-dua tuntutan, larangan itu seperti yang terdahulu dan melanggar Perlembagaan AS dengan mendiskriminasi terhadap umat Islam dan tidak dibenarkan di bawah undang-undang imigresen.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Larangan Perjalanan Rakyat 6 Negara Muslim Ke US Dikuat Kuasa "