• Lagi PBB Cawangan Sokong Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Tidak Ditandingi

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Selepas hampir keseluruhan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan menyatakan sokongan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti terbesar di Sarawak itu tidak dipertandingkan, PBB Dalat turut tidak ketinggalan menyatakan perkara sama.

    Semasa mesyuarat delegasi baru-baru ini, PBB Dalat turut sebulat suara menyatakan sokongan padu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg terus mengetuai parti dan mentadbir negeri ini.

    Selain itu, PBB cawangan tersebut memberikan sokongan kepada ketua menteri mentransform ekonomi negeri kepada ekonomi digital dan mendapatkan balik hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua PBB Cawangan Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ahli baharu parti dan individu yang memegang jawatan perlu sentiasa mengamalkan budaya PBB untuk memastikan perpaduan serta kekuatan parti tulang belakang BN di Sarawak terus utuh.

    "Elakkan perpecahan dan permusuhan antara satu sama lain.

    "Setia kepada kepimpinan dan beri perkhidmatan terbaik untuk kesejahteraan rakyat," katanya.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Lagi PBB Cawangan Sokong Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Tidak Ditandingi "