• Lactalis Tarik Balik Susu Bayi Kerana Pencemaran Bakteria

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    PARIS: Pengeluar susu bayi Perancis, Lactalis dan pihak berkuasa kesihatan mengarahkan penarikan semula produk itu di peringkat antarabangsa ekoran kebimbangan pencemaran bakteria salmonella susulan 26 kes kanak-kanak jatuh sakit di Perancis.

    Jurucakap syarikat itu, Michel Nalet memberitahu agensi berita AFP bahawa hampir 7,000 tan produk Lactalis mungkin tercemar tetapi pihaknya tidak pasti bilangan produk tercemar yang masih berada di pasaran, telah digunakan atau disimpan sebagai stok.

    Lactalis yang merupakan antara pengeluar produk tenusu terbesar di dunia, menjual susu bayinya dalam paket dengan berat 350 -390 gram di pasaran global menggunakan pelbagai jenama.

    Penarikan semula itu akan melibatkan pengguna di pelbagai negara termasuk China, Pakistan, Bangladesh, Britain dan Sudan.

    Simptom Salmonella termasuk cirit-birit teruk, sakit perut dan muntah. Penyakit yang berpunca daripada bakteria dalam usus haiwan ternakan itu berbahaya kepada bayi, anak kecil dan warga emas kerana risiko penyahhidratan.

    Kesemua mangsa di Perancis telah sembuh, manakala Nalet memberitahu bahawa Lactalis belum menerima kes keracunan di luar negara. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Lactalis Tarik Balik Susu Bayi Kerana Pencemaran Bakteria "