• Kurung Anak Hingga Maut

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    TOKYO: Seorang wanita dikurung dalam bilik sempit selama 15 tahun sehingga maut akibat kesejukan dan kekurangan zat.

    Wanita berusia 33 itu dikurung ibu bapanya, kerana dikatakan mengalami gangguan mental menyebabkannya berkelakuan ganas.

    Jabatan Polis Wilayah Barat Osaka berkata, mayat Airi Kakimoto ditemui dalam keadaan kekurangan zat yang melampau selepas ibu bapanya melaporkan kematiannya, Sabtu lalu.

    Ketika ditemui, berat badan mangsa dilaporkan hanya 19 kilogram dengan ketinggian 145 sentimeter.

    Polis berkata, ibu bapa wanita itu, Yasuta Kakimoto, 55 dan Yukari Kakimoto, 53, mengaku hanya memberi anak mereka makan sekali sehari dan mengurungnya di sebuah bilik berukuran tiga meter persegi sejak anak mereka berusia 16 atau 17 tahun.

    Ibu bapa mangsa mendapati anak mereka meninggal dunia pada 18 Disember lalu, namun hanya melaporkan kematiannya, Sabtu lalu.

    "Kami hanya mahu bersendirian dengan anak kami," kata mereka.

    Pasangan berkenaan ditahan kerana disyaki cuba melupuskan mayat berkenaan menyebabkan mereka berhadapan dengan dakwaan lebih serius. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Kurung Anak Hingga Maut "