• Kumpulan Unic Ditahan Di Turki

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Ahli kumpulan nasyid Unic yang kini berada di Turki dikhabarkan ditahan pihak berkuasa negara tersebut.

    Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagram kumpulan ini 20 jam lalu, mereka memaklumkan sepatutnya kesemua mereka melaporkan diri di balai polis berdekatan kerana disyaki memasuki negara tersebut secara haram atas misi bantuan.

    Bagaimanapun kegagalan mereka berbuat demikian menyebabkan kesemua mereka kini berhadapan dengan masalah.

    Sementara itu Unic yang dianggotai Bazli Hazwan, Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin dan Wan Najdi Wan Mohd Noh dalam perjalanan ke Syria dalam menyertai misi kemanusiaan Winter Survival Aid bersama Muslim Care.

    Menerusi pemerhatian Utusan Online di laman Instagram terdapat komen yang dikongsi mengatakan kesemua anggota kumpulan ini sudah dibebaskan pihak berkuasa dan akan berlepas pulang ke Malaysia. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kumpulan Unic Ditahan Di Turki "