• Kulit Kepala Koyak Gara-gara Swafoto

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    JAKARTA - INDONESIA . Gara-gara ingin berswafoto bersama rakan di sebuah landasan kereta api di Jawa Tengah, Indonesia, seorang remaja perempuan nyaris maut apabila kepalanya dilanggar kereta api yang bergerak laju.

    Sebelum kejadian, mangsa Ely Hayati, 16, bersama tiga rakannya sedang berjalan melintasi landasan tersebut sebelum mereka memutuskan untuk mengambil gambar.

    Keempat-empat mereka dipercayai begitu leka bergambar sehingga tidak menyedari kereta api yang sedang bergerak laju menghampiri mereka.

    Ely yang berada di bahagian paling belakang gagal melarikan diri dan dilanggar sebelum dilihat terduduk berlumuran darah sambil menahan kesakitan.

    "Kami tidak menyedari kejadian itu kerana Ely berada di bahagian belakang. Ia berlaku dengan sangat pantas," kata salah seorang rakannya.

    Mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran akibat kecederaan parah di bahagian kulit kepala.

    Sehingga kini, doktor masih belum mengeluarkan laporan mengesahkan sama ada Ely akan mengalami sebarang kesan kerosakan otak untuk jangka masa panjang. - Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Kulit Kepala Koyak Gara-gara Swafoto "