• Kubur Besar Disiasat

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    YANGON - MYANMAR: Tentera Myanmar sedang menyiasat kubur besar yang ditemui di sebuah kampung di utara negeri Rakhine, wilayah yang didakwa melakukan kekejaman terhadap penduduk Islam Rohingya.

    Dalam satu kenyataan disiarkan di laman sosial Facebook Komander Ketua Tentera Min Aung Hlaing, mayat tidak dikenali telah ditemui di tamah perkuburan di kampung Inn Din, kira-kira 30 kilometer di utara Sittwe.

    "Siasatan terperinci sedang dijalankan untuk mendapatkan kebenaran," katanya dalam satu kenyataan Facebook.

    Beliau turut memberi amaran tindakan undang-undang yang tegas akan diambil sekiranya mana-mana anggota pasukan keselamatan disahkan terlibat.

    Min Aung Hlaing bagaimanapun tidak memberitahu jumlah atau komuniti sebenar mayat yang ditemui.

    Utara Rakhine kini hampir kosong selepas penduduknya meninggalkan negeri itu sejak hujung Ogos lalu, susulan tindakan tegas tatmadaw yang turut menyebabkan lebih 665,000 pelarian melarikan diri ke Bangladesh.- Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Kubur Besar Disiasat "