• Krismas Wadah Penyatuan Pelbagai Etnik Di Sarawak - Dennis Ngau

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau menyifatkan perayaan krismas di negara ini sebagai wadah penyatuan pelbagai etnik di Sarawak terutamanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Dennis berkata amalan rumah terbuka sebagai salah satu langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan rakyat di negeri ini.

    “Amalan rumah terbuka mengeratkan lagi hubungan satu sama lain, bukan hanya memeriahkan lagi suasana perayaan tetapi paling penting, mengukuhkan hubungan insan,” katanya.

    Menurutnya lagi, perbezaan agama tidak menjadi batas penghalang untuk saling berkunjung, duduk dan makan semeja dalam suasana penuh muhibah.

    “Tidak kira agama Kristian, Islam, Hindu atau selainnya, kita tetap sama dalam satu rumpun bahkan saling menghormati satu sama lain tanpa sifat prejudis,” ujarnya.

    Beliau juga berharap perayaan ini dapat menjadi satu simbol perpaduan dan mengukuhkan persefahaman kaum.

    "Sarawak mempunyai pelbagai kaum, agama justeru Krismas lebih dirasakan kepentingannya dan harus diteladani," jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Krismas Wadah Penyatuan Pelbagai Etnik Di Sarawak - Dennis Ngau "