• Krisis kemanusiaan di Yaman kritikal

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Keperluan ubat-ubatan selain bekalan nutrisi makanan untuk kanak-kanak. Itu yang diperlukan bagi kem perlindungan di Ma'arib, Yaman yang menampung lebih 10,000 rakyat negara terbabit sebaik perang saudara meletus beberapa tahun lalu.

    Kem berkenaan menjadi tumpuan rakyat negara itu untuk mendapatkan perlindungan terutamanya mereka yang tinggal di sekitar wilayah bergolak antaranya Hudaidah, Aden, Sana'a dan beberapa lokasi lain.

    Pengerusi Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia(Yemen Care) Saifullah Hasbu berkata, krisis kemanusiaan di Yaman sangat kritikal malah lebih buruk jika dibandingkan dengan negara lain.

    "Kanak-kanak paling terkesan kerana Yaman kekurangan bekalan nutrisi makanan. Kebanyakan kanak-kanak menghadapi masalah ini sehingga meragut nyawa mereka.

    "Prihatin terhadap isu yang melanda Yaman, kami (Yemen Care) sudah melancarkan tabung derma namun kutipan sangat perlahan. Kami mensasarkan RM300,000 menjelang awal tahun depan.

    "Bagaimanapun, kutipan setakat ini hanya ada kira-kira RM30,000 saja. Kekurangan dana serta derma orang awam ini dibimbangi akan merencatkan perancangan kami untuk menghulurkan bantuan," katanya.

    Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Yemen Care iaitu Maybank 562245510737 atau CIMB 8603144942.

    Saifullah berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan di beberapa kem sekitar Ma'arib termasuk di Kem Jawf dan Kem Khaniq yang menempatkan lebih 4,000 rakyat negara itu.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Krisis kemanusiaan di Yaman kritikal "