• KPDNKK Perketat Pemantauan Elak Pengguna Tertipu

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Bagi mengelakkan pengguna tertipu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperketatkan pemantauan terutama pada musim cuti sekolah dan musim perayaan.

    "Sehingga ini, KPDNKK mempunyai 200 pegawai penguatkuasa di seluruh negeri yang akan turun padang bagi tujuan pemantauan," kata Timbalan Pengarah KPDNKK Negeri, Abdul Hafidz Abdul Rahman.

    Memetik laporan Utusan Borneo beliau berkata, pegawai penguatkuasa turut dihantar di banyak kawasan seperti di Marudi, Samarahan, Mukah, Daro dan sebagainya bagi memastikan pengguna tidak ditipu selain peniaga mematuhi peraturan.

    Abdul Hafidz turut memberitahu sehingga kini KPDNKK negeri menerima permohonan mengadakan jualan murah yang menggalakkan daripada syarikat-syarikat di Sarawak.

    "Bagi pengguna yang ingin mengetahui premis atau syarikat yang mendapat kelulusan berkenaan, notis akan dipamerkan di depan premis dan mereka menawarkan harga rendah.

    "Kami amat menggalakkan peniaga menurunkan harga seperti yang sepatutnya, disamping itu saya berharap pengguna juga lebih bijak berbelanja dengan tidak melebihi kemampuan masing-masing," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " KPDNKK Perketat Pemantauan Elak Pengguna Tertipu "