• Korea Utara rai kejayaan Hwasong-15

    Published: Saturday, 2 December 2017
    A- A+


    SEOUL: Korea Utara mengadakan sambutan besar-besaran susulan kejayaan pelancaran ujian peluru berpandu jarak jauhnya, kata media rasmi Pyongyang, hari ini.

    Akhbar rasmi Parti Pekerja, Rodong Sinmum pada muka depannya memaparkan gambar berwarna menunjukkan beribu tentera bersesak-sesak dan orang ramai bertepuk tangan di dataran Kim Il-Sung, Pyongyang yang dihiasi potret pemimpin Korea Utara terdahulu.

    "Kami dengan sukacitanya meraikan kejayaan ujian pelancaran Hwasong-15 yang menunjukkan kekuatan Chosun (Korea Utara) dan kehebatannya di seluruh dunia," menurut satu banting yang dibaca sambil dipegang orang ramai, merujuk kepada peluru berpandu itu.

    Rabu lalu, Korea Utara berjaya menguji sebuah peluru berpandu balistik antara benua, di mana pemimpin Kim Jong-Un mengisytiharkan negaranya sudah mencapai status nuklear sepenuhnya.

    Sebagai tindak balas, Amerika Syarikat memberi amaran rejim Jong Un mungkin 'dimusnahkan sepenuhnya' jika cita-citanya untuk mengejar kejayaan peluru berpandu jarak jauh menimbulkan pertikaian tentera. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Utara rai kejayaan Hwasong-15 "