• Korea Utara Didakwa Kembali Cetak Wang Palsu

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    SEOUL: Korea Utara dikhuatiri kembali aktif menghasilkan duit kertas palsu berkualiti tinggi berikutan penemuan sekeping wang kertas palsu di Korea Selatan.

    Sepasukan pakar dalam bidang pemalsuan wang di KEB Hana Bank, mengesahkan bahawa duit kertas AS$100 yang ditemui di cawangannya di Seoul pada November lalu, adalah palsu dan hampir mustahil untuk membezakannya dengan duit sebenar.

    Ketua Pusat Antipemalsuan KEB Hana Bank, Yi Ho-joong, berkata ia adalah jenis wang palsu berkualiti tinggi yang pertama seumpamanya ditemui di dunia.

    "Hampir mustahil untuk membezakannya dengan duit sebenar," katanya kepada AFP.

    Wang kertas palsu berkualiti tinggi sebelum ini bertarikh sama ada pada 2001 atau 2003, namun wang palsu terbaharu itu bertarikh pada 2006.

    "Kami memerlukan kilang bernilai kira-kira AS$100 juta (RM407.85 juta) untuk menghasilkan kualiti duit kertas sebegini.

    "Tiada rangkaian jenayah akan melabur sebegitu banyak hanya untuk menghasilkan mata wang dolar.

    "Hanya organisasi milik kerajaan yang mampu memiliki kemudahan seperti ini," katanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Utara Didakwa Kembali Cetak Wang Palsu "