• Korea Utara Dalang Di Sebalik Serangan Siber 'WannaCry', Kata Amerika

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+



    KUALA LUMPUR: Korea Utara 'bertanggungjawab sepenuhnya’ ke atas serangan siber ‘WannaCry’, yang telah melumpuhkan operasi hospital-hospital, bank-bank dan beberapa syarikat lain di seluruh dunia awal tahun ini, kata seorang pegawai kanan White House, Isnin.

    Memetik laporan Reuters, "Serangan itu dilakukan secara menyeluruh, dan mengakibatkan kerugian berbilion dolar, dan Korea Utara bertanggungjawab sepenuhnya," kata Penasihat Keselamatan Dalam Negeri White House, Tom Bossert, melalui penulisan beliau yang disiarkan di Wall Street Journal.

    Bossert berkata, sesiapa sahaja yang memberi ancaman kepada Amerika Syarikat harus dibawa ke muka pengadilan, namun beliau tidak memperincikan apa jenis tindakan yang Washington bakal lakukan melainkan perlaksanaan 'strategi tekanan maksimum' terhadap Pyongyang.- Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Utara Dalang Di Sebalik Serangan Siber 'WannaCry', Kata Amerika "