• Korea Selatan Tingkat Pengambilan Tentera Wanita

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan menyasarkan menjelang 2022, pengambilan tentera wanita ditambah kepada 2,450 orang, iaitu peningkatan sebanyak dua kali ganda, kata Kementerian Pertahanan pada Rabu.

    Menurut kementerian, langkah itu sebagai sebahagian daripada pembaharuan dalam bidang pertahanan, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

    Pada masa ini, terdapat 1,100 tentera wanita yang aktif, yang merangkumi 5.5 peratus daripada keseluruhan 625,000 anggota angkatan bersenjata.

    Selain itu, pihak kementerian turut melonggarkan syarat untuk melantik anggota wanita memegang beberapa jawatan tinggi - termasuk untuk anggota baris hadapan unit tempur.

    Kementerian juga akan memperkenalkan kriteria umum yang baharu, untuk menjadi komander dan ia terpakai kepada pegawai tentera lelaki dan wanita.

    Di bawah Perlembagaan Korea Selatan, wanita tidak diwajibkan berkhidmat dalam tentera, sementara semua lelaki dewasa yang sihat tubuh badan perlu memasuki perkhidmatan tentera selama dua tahun.

    Namun, golongan wanita boleh menyertai tentera sebagai pegawai bertauliah atau tidak. – Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Selatan Tingkat Pengambilan Tentera Wanita "