• Kontraktor Gagal Perlu Disenarai Hitam, Denda

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    Kontraktor yang gagal perlu disenarai hitam selama dua tahun dan didenda pada kadar yang tinggi mengikut hari kelewatan, demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, mereka perlu jujur dalam kerja masing-masing dan tidak bersikap sambil lewa terutama sekali dalam pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang terbukti berjaya membantu menyelesaikan masalah pembangunan kecil yang diperlukan oleh rakyat luar bandar.

    "Sebagai contoh, bagi kawasan DUN Jemoreng, 22 projek disenaraikan untuk dilaksanakan bagi tahun 2017 dengan peruntukan RM5 juta.

    "Rakyat terutama di Jemoreng perlu tahu bahawa kesemua RM5 juta yang diperuntukkan bagi tujuan RTP ini dibelanjakan untuk mereka," katanya. 

    Juanda turut menyarankan agar agensi yang berjaya membantu RTP perlu diberi anugerah bintang penarafan sebagai pendorong supaya mereka bekerja lebih cemerlang. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kontraktor Gagal Perlu Disenarai Hitam, Denda "