• Kontrak Brent Hampiri Paras Tertinggi

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Harga minyak mentah Brent menghampiri paras tertinggi 2015 pada Selasa berikutan penutupan yang tidak dirancang saluran paip di lautan utara untuk proses naik taraf.

    Ia sekali gus mengurangkan bekalan daripada pasaran yang lebih ketat berikutan pengurangan bekalan minyak oleh negara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

    Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa harga minyak berada pada AS$64.80 setong pada 0142 GMT, naik 11 cents sejak sesi penutup terakhir.

    Brent mencecah AS$64.93 setong pada sesi sebelum ini, paras tertinggi sejak Jun 2015.

    Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$57.98 setong, menghampiri sesi penutup sebelumnya.

    "Minyak mentah Brent melonjak selepas berita mengenai penutupan sistem North Sea Forties Pipeline untuk beberapa minggu berikutan terdapat penemuan kesan retakan," kata Penganalisis Pasaran di OANDA di Singapura.

    Kenaikan harga Brent meluaskan premiumnya terhadap harga WTI kepada AS$6.74 setong, naik AS$5.00 minggu lalu, membuatkan eksport minyak AS lebih menarik minat.

    Harga lebih rendah WTI juga adalah berikutan penambahan bekalan minyak daripada AS, yang mana ia meningkat lebih 15 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.71 juta tong sehari (bpd). - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Kontrak Brent Hampiri Paras Tertinggi "