• KL antara 10 bandar raya terima pelancong tertinggi

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    Kuala Lumpur adalah antara 10 bandar raya yang menerima jumlah kedatangan pelancong asing tertinggi di dunia, menurut Laporan Top 100 City Destinations Ranking 2017 Edisi terbitan Euromonitor International.

    “Sebagai destinasi membeli-belah terkenal, Kuala Lumpur menjadi tumpuan pelancong antarabangsa dengan menawarkan harga berpatutan serta sistem pengangkutan awam yang efisien.” Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam satu kenyataan.

    Tambah kenyataan itu, kejayaan ini adalah hasil usaha kerajaan dalam mempromosi negara serta melonjakkan bandar raya itu sebagai destinasi tarikan pelancongan utama dunia.

    “Keputusan kerajaan untuk menjadikan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya termasuk Jalan Alor sebagai pusat membeli belah terkenal serta moden membuahkan hasil apabila bilangan pengunjung bertambah secara mendadak,” katanya.

    Berikut senarai 10 bandar paling banyak dilawati bagi tahun ini:-

    1. HONG KONG: 26.6 JUTA PENGUNJUNG

    2. BANGKOK: 21.2 JUTA PENGUNJUNG

    3. LONDON: 19.2 JUTA PENGUNJUNG

    4. SINGAPURA: 16.6 JUTA PENGUNJUNG

    5. MACAU: 15.4 JUTA PENGUNJUNG

    6. DUBAI: 14.9 JUTA PENGUNJUNG

    7. PARIS: 14.4 JUTA PENGUNJUNG

    8. NEW YORK: 12.7 JUTA PENGUNJUNG

    9. SHENZHEN: 12.6 JUTA PENGUNJUNG

    10. KUALA LUMPUR: 12.3 JUTA PENGUNJUNG

    -BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " KL antara 10 bandar raya terima pelancong tertinggi "