• “Kipas B***** Dapat Apa?” – Jihan Sindir Fattah Amin?

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    MASIH belum habis lagi nampaknya netizen kecoh bercakap mengenai isu pelakon, Fattah Amin yang gagal muncul dalam program bual bicara hiburan Meletop, baru-baru ini.

    Perkara tersebut bukan sahaja terus menjadi buah mulut dalam kalangan netizen tempatan malah turut mencuri perhatian ramai selebriti tanah air.

    Semalam menerusi laman Twitter, pengacara popular, Jihan Muse telah memuat naik satu status berbaur sinis yang dilihat seperti sedang memerli seseorang.

    Menerusi posting ‘pedas’ berkenaan, Jihan dilihat mempersoal tindakan para peminat yang menyokong sikap tidak bertanggungjawab selebriti tersebut sehingga menyusahkan pihak lain.



    “Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikirkan tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri.

    “Sebab dia pulak kerja kita disekat-sekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha,” tulis Jihan menerusi posting berkenaan.

    Walaupun Jihan tidak menyebut nama ‘hero’ yang dimaksudkan, namun netizen seolah-olah sudah dapat mengagak siapakah gerangan individu yang disindir oleh pengacara itu.

    Rata-rata antara mereka mengandaikan individu tersebut adalah hero drama bersiri Coffee Prince, Fattah.

    Sementara itu memetik sumber, perkara berkenaan masih belum dapat dipastikan kesahihannya tetapi yang pastinya luahan itu bukanlah suatu kebetulan.

    Bagaimanapun, hasil tinjauan kami melalui laman Twitter milik Jihan mendapati status berkenaan telah dipadam. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " “Kipas B***** Dapat Apa?” – Jihan Sindir Fattah Amin? "