• Khidmat Seorang Datuk Bandar Di Kuching

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Untuk mencapai status Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan, kerajaan negeri disyorkan untuk menggunakan khidmat seorang datuk bandar sebagai ketua pentadbiran.

    Menurut Datuk Bandar Dewan bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, penubuhan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti DBKU, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Pedawan (MPP) dan Majlis Daerah Samarahan (MDS) dikekalkan tapi di bawah pentadbiran datuk bandar Kuching.

    "Pelantikan datuk bandar Kuching juga boleh diwakili oleh semua kaum di bandar raya ini seperti Melayu, Cina dan Dayak secara bergilir-gilir.

    "Misalnya, tempoh pelantikan datuk bandar Kuching hanya ditetapkan untuk dua penggal, jika pada mulanya kepada Melayu, seterusnya boleh diberikan kepada kaum Cina dan kemudian dayak," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Tambah beliau, jika kerajaan negeri bersetuju, bandar raya ini akan ada seorang datuk bandar sahaja. - Sarawakiana
  • No Comment to " Khidmat Seorang Datuk Bandar Di Kuching "