• Ketua Masyarakat Tidak Harus Berdiam Diri Jika Hadapi Masalah - Masir Kujat

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+
    Ketua masyarakat tidak kira tuai rumah panjang mahupun ketua kampung tidak harus berdiam diri sekiranya berlaku permasalahan di kawasan mereka, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Masir menyeru setiap ketua melaporkan masalah kepada wakil rakyat di kawasan masing-masing agar tindakan segera dapat dilakukan bagi memastikan semua masalah dapat diselesaikan.

    "Jangan disimpan masalah yang dihadapi rumah panjang dan kampung anda kerana ia akan mendatangkan masalah kepada seisi rumah panjang mahupun kampung," ujarnya.

    Tambah Masir lagi yang juga Ahli Parlimen Sri Aman, kerajaan bersedia untuk membantu apa sahaja permasalahan yang dihadapi dan sebab itulah peranan ketua amat penting untuk menghubungkan penduduk dengan wakil rakyat masing-masing.

    "Memang kita akui setiap rumah panjang dan kampung mempunyai masalah dan sebagainya, tetapi tidak salah sekiranya masalah tersebut dikongsikan bersama tuai rumah, ketua kampung dan wakil rakyat kawasan,"

    "Selagi masalah itu dapat diselesaikan dengan segera, kerajaan akan membantu daripada pelbagai aspek supaya rakyat tidak lagi dilanda masalah,"katanya - Sarawakiana
  • No Comment to " Ketua Masyarakat Tidak Harus Berdiam Diri Jika Hadapi Masalah - Masir Kujat "