• Ketua Masyarakat Harus Faham Polisi Kerajaan

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+
    KAPIT: Ketua masyatakat hari ini harus memahami polisi dan program pembangunan kerajaan supaya dapat disampai kepada rakyat dengan tepat.

    ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang berkata, ketua masyarakat merupakan sumber maklumat penduduk yang inginkan maklumat berkenaan dasar kerajaan yang membwti faedah kepada rakyat.

    "Pada zaman ini, ketua masyarakat tersebut perlu lebih peka dan memahami setiap inci dasar supaya setiap programe yang dilaksana akan berjalan lancar.

    "Oleh yang demikian ketua masyarakat mesti sentiasa mempelajari benda baru agar dengan ilmu pengetahuan mampu menyampai maklumat dari kerajaan dengan betul.

    Jelas Nyabong, kerajaan hari ini sedang melaksanakan sistem penyampai mengguna teknologi terkini serta pemerkasaan ekonomi digital.

    "Ketua masyarakat harus menguasai ilmu berkaitan teknologi tersebut dan memudahkan penyampaian kepada penduduk kawasan," tambahnya.

    Nyabong hadir ke Majlis Keramaian anjuran Jawatankuasa Ketua-ketua masyarakat bahagian Kapit di Sri Kapit semalam. - Utusan Borneo
  • No Comment to " Ketua Masyarakat Harus Faham Polisi Kerajaan "