• Kesucian Islam Tidak Akan Sesekali Digadaikan - PM

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau selaku Perdana Menteri tidak akan sekali-kali menggadaikan kesucian Islam dalam kewajipan mempertahankan Baitulmuqaddis.

    Menurut beliau, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS) merupakan kenalan baiknya namun prinsip pertama maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam adalah jauh lebih penting.

    "Kita ada maruah kita, kita tidak meminta pinjaman AS. Dalam hal ini, mereka yang minta tolong dengan kita beli kapal terbang dan melabur di negara mereka.

    "Kita ada maruah kita, sedikit sebanyak kita ada kekuatan kita. Apatah lagi kalau umat Islam di negara ini bersatu padu," katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra di sini hari ini.

    Dalam himpunan yang turut disertai oelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Najib turut melancarkan tabung untuk Palestin dan menurunkan tandatangan di atas kain rentang bantahan.

    Dalam pada itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada prinsip membawa suara Malaysia yang menentang pengiktirafan Presiden AS, Donald Trump yang mengisytihar Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

    "Perhimpunan ini adalah tsunami kebangkitan umat Islam yang merupakan pemangkin solidariti umat di Malaysia dan dunia," jelas beliau.

    - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kesucian Islam Tidak Akan Sesekali Digadaikan - PM "