• Kesetiaan Ahli Tonggak Kekuatan PBB - Awang Tengah

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    Semangat kesetiaan di kalangan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah salah satu tonggak kekuatan PBB sehingga mampu bertahan menjadi sebuah parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN), kata Pemangku Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    Memetik laporan The Borneo Post, Tengah berkata kesetiaan ahli terhadap pemimpin dan parti juga menjadikan PBB parti yang sangat stabil disamping menjadi tulang belakang kepada kerajaan negeri.

    "Kekuatan parti kita juga adalah pada kesetiaan dan kebertanggungjawaban kepada kepimpinan parti, di mana kita tidak mengatasi kepentingan parti demi kepentingan peribadi,"

    "Selain itu kekuatan parti juga disumbangkan rasa hormat setiap ahli kepada hierarki kepimpinan dalam parti. Disebabkan itu orang luar kagum dengan apa yang ada pada kita," tegasnya.

    Tengah yang juga Timbalan Ketua Menteri turut menyeru kepada jentera PBB agar tetap berpegang teguh kepada disiplin dan perlembagaan parti untuk terus memelihara perpaduan dan kekuatan parti demi kestabilan politik Sarawak.

    "Kita harus mempertahankan PBB kerana ia membawa kepada kestabilan politik dan pembangunan kepada Sarawak,”

    "Maka bersamalah kita memelihara parti ini demi masa depan yang lebih baik kepada Sarawak," katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kesetiaan Ahli Tonggak Kekuatan PBB - Awang Tengah "