• Keselamatan Rakyat Sentiasa Dijaga

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+
    Dalam keasyikan berpolitik, isu hendak menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan senjata utama pihak pembangkang yang kemaruk untuk menawan Putrajaya.

    Berbagai propaganda dicipta sehingga ada yang terlampau dan tersasar daripada norma-norma ketimuran yang terkenal dengan budaya sopan santun. Bagi pihak ini, segala berkaitan kerajaan adalah buruk dan perlu ditentang habis habisan.

    Keasyikan menyerang kerajaan menyebabkan ramai yang lupa bagaimana keadaan rakyat negara ini masih bebas bergerak dan merasa selamat. Hal sebegini tidak mendapat perhatian rakyat yang terlalu selesa hidup di negara ini.

    Dunia hari ini heboh pasal serangan pengganas yang telah membunuh ramai nyawa manusia. Terbukti serangan keganasan telah berlaku di negara besar dan canggih seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan sebagainya.

    Di negara tetangga seperti Indonesia, Filipina dan Thailand turut menghadapi serangan sedemikian rupa. Hal sebegini umum mengetahui kerana serangan pengganas seakan tidak mampu di cegah.

    Malaysia turut mendapat ancaman sedemikian tetapi ia tidaklah seperti apa yang berlaku di luar negara. Seburuk mana pun dakwaan pembangkang terhadap kerajaan, namun isu keselamatan rakyat tetap diutamakan oleh permimpin negara.

    Bukan tidak ada ancaman untuk menyerang oleh pihak pengganas seperti kumpulan Daesh tetapi anggota keselamatan lebih awal bertindak sebelum ianya berlaku.

    Kita boleh menyaksikan bagaimana anggota keselamatan bertindak terlebih dahulu melalui pendedahan berita di televisyen. Penangkapan pihak perancang keganasan sebelum serangan dilakukan.

    Perkara sebegini tidak pernah difikir oleh ramai pihak kerana asyik dileka oleh propaganda pembangkang. Soal keselamatan seolah dipandang remeh walhal kerajaan sentiasa peka agar rakyat sentiasa berada dalam situasi selamat dan aman.- A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Keselamatan Rakyat Sentiasa Dijaga "