• Kesedaran Hak Pengguna Masih Kurang Di Malaysia

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Kesedaran hak kepenggunaan di Malaysia masih rendah, demikian kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    "Kalau kita lihat di Malaysia ini, kesedaran hak kepenggunaan masih rendah berbanding negara maju seperti di Eropah yang mana hak kepenggunaan tinggi sehingga peniaga takut dengan pengguna," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurutnya, sekiranya mempunyai rangkaian kesepakatan bersama pengguna dapat mempengaruhi harga barang dan dapat mengelakkan manipulasi harga oleh peniaga.

    "Dengan adanya rangkaian kesepakatan tersebut, pengguna mampu memberi tekanan kepada pengeluar dan peniaga untuk menurunkan harga barang.

    "Sebab itu hak itu ada pada kita, yang menentukan harga dari segi teori ialah antara permintaan dan penawaran, maknanya kita sebagai pengguna, jika kita mewujudkan rangkaian kesepakatan antara pengguna agar kita dapat menentukan harga barang," ujarnya.

    Katanya, kalau terlihat ada kedai memanipulasi harga barang, tularkan di laman sosial untuk mengelak pengguna lain terpedaya dan laporkan kepada Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut. 

    "Inilah hak kita sebagai pengguna agar kita tidak lagi dimanipulasikan oleh peniaga yang tidak bertanggujawab," tegas beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kesedaran Hak Pengguna Masih Kurang Di Malaysia "