• Kes Cikgu Azizan: Ibu Bapa Murid Terima Ugutan Bunuh

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+


    SEREMBAN: Ibu bapa kepada murid berusia 11 tahun yang mendakwa ditampar Cikgu Azizan, menerima ugutan bunuh di media sosial, kata Datuk Chong Sin Woon.

    "Ibu bapa dan kanak-kanak itu trauma disebabkan insiden tersebut dan kini menerima ugutan bunuh.

    "Ini sememangnya kerja keyboard warrior yang tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku," kata Timbalan Menteri Pelajaran pada Jumaat selepas bertemu pasangan suami-isteri itu dan juga anak mereka di Nilai.

    Sin Woon berkata selepas bertemu ibu bapa murid tersebut dan Azizan secara berasingan, beliau membuat kesimpulan bahawa kedua-dua pihak mahu melupakan episod hitam itu dan melangkah ke hadapan.

    "Saya bertemu kedua-dua pihak dan akan mengatur pertemuan antara mereka dalam masa terdekat.

    "Mereka juga meminta tempoh bertenang dan mahu melangkah ke hadapan," katanya.

    Mahkamah Majistret di Seremban pada 19 disember lalu melepas tanpa membebaskan Azizan atas pertuduhan mencederakan muridnya Oktober lalu.

    Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik pertuduhan kes itu.

    Azizan, 44, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri murid tersebut di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada pukul 7 pagi, 6 April lalu. - mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Kes Cikgu Azizan: Ibu Bapa Murid Terima Ugutan Bunuh "