• Kereta Api Peluru Jepun Retak

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Satu rekahan ditemui pada sebuah ‘kereta api peluru’ yang mungkin boleh menyebabkan ia tergelincir, kata pegawai di Tokyo, Jepun, hari ini.

    Kejadian itu dianggap sebagai insiden serius pertama membabitkan pengangkutan ikonik berkenaan.

    Kru dalam kereta api peluru shinkansen melaporkan bau terbakar dan bunyi ganjil ketika keluar dari sebuah stesen di selatan Jepun pada Isnin lalu.

    Kereta api itu berhenti untuk pemeriksaan di stesen Nagoya di tengah Jepun dan kru menemui satu rekahan pada rangka di bawah satu gerabak serta satu kebocoran minyak.

    Pegawai pengangkutan berkata, sekiranya kereta api itu meneruskan perjalanan, dalam senario terburuk, ia mungkin tergelincir.

    Kira-kira 1,000 penumpang dalam kereta api itu tidak cedera dan mereka meneruskan perjalanan dengan kereta api baru.

    “Kami mengenalpasti ia sebagai insiden serius dan satu kes luar biasa. Ia mungkin boleh menyebabkan kemalangan,” kata seorang pegawai di Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun.

    Ini adalah insiden serius pertama sejak lembaga keselamatan diwujudkan pada 2001.

    “Kami menghantar tiga pegawai pemeriksaan untuk mencari punca rekahan itu. Laporan mereka akan memasukkan langkah untuk mencegah ia daripada berlaku lagi,” kata pegawai itu.

    Kereta api laju shinkansen Jepun pernah tergelincir sebelum ini akibat gempa bumi tetapi tiada mangsa yang cedera.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kereta Api Peluru Jepun Retak "