• Kerana Punggung Monyet, Wanita Alami Kemalangan

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Jika bercakap mengenai kemalangan, pasti berlegar-legar di fikiran kesalahan jalan raya yang berbahaya menjadi punca kemalangan tersebut.

    Namun, lain pula ceritanya bagi seorang wanita di Guizhou, China, apabila kemalangan berlaku disebabkan seekor monyet.

    Seorang pemandu wanita telah memberhentikan keretanya dengan tiba-tiba sehingga menyebabkan kereta di belakangnya tidak sempat menekan brek dan melanggar kenderaan tersebut.

    Menurut laporan World Of Buzz, wanita itu sedang memandu di Jalan Wuhan dan menekan brek dengan tiba-tiba apabila terlihat lampu isyarat berwarna merah semasa menghampiri simpang jalan tersebut.

    Melihatkan lampu isyarat yang berwarna merah itu, wanita berkenaan menekan brek sekaligus kereta berwarna hitam di belakang melanggar keretanya.

    Pemandu kereta hitam berkenaan pelik dan bertindak bertanya tentang apa yang terjadi kepada wanita itu.

    “Bukan ke masih ada jarak sebelum sampai lintasan zebra, kenapa brek tiba-tiba?” soalnya.

    Jelas wanita itu terkejut dengan pertanyaan tersebut dan terus melihat ke arah ‘lampu merah’.

    Wanita itu kemudiannya menyedari ‘lampu merah’ yang dilihatnya bukanlah datang dari lampu isyarat, tapi dari punggung seekor monyet yang bertenggek di atas tiang tersebut.

    Disebabkan kemalangan ini, ramai netizen di sana mengambil peluang berkongsikan gambar monyet berkenaan di laman media.

    Difahamkan, monyet itu terlepas daripada sarkas dan pihak penganjur sarkas berkenaan berjanji akan menanggung kos kerosakan kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/SA

    Subjects:

  • No Comment to " Kerana Punggung Monyet, Wanita Alami Kemalangan "