• Kerana gian 'bertenggek', lelaki maut terjatuh dari tingkat 62

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    BEIJING: Seorang lelaki di China yang terkenal dengan sifat keberanian luar biasa dan mempunyai ribuan pengikut di laman sosial Weibo miliknya bertemu ruas apabila aksinya bertenggek telah menyebabkan dia maut.

    Memetik laporan BBC, Wu Yongning, 26, meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan 62 tingkat di Changsha.

    Kekasihnya mengesahkan kematian Wu menerusi laman media sosial hanya sebulan kemudian.

    Wu dikatakan melakukan aksi sedemikian sebagai menyahut cabaran demi memenangi sejumlah wang bernilai 100,000 yuan (RM61,582.48).

    Wu sebelum itu sememangnya terkenal dengan video dramatik berdurasi pendek memaparkan dia ‘bertenggek’ di atas bangunan tinggi tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.

    Namun, pengikut mula runsing apabila dia berhenti mengemas kini laman sosialnya itu sejak November.

    Menurut seorang ahli keluarga yang memberi kenyataan kepada media tempatan, Wu menyahut cabaran itu kerana memerlukan wang tersebut untuk perkahwinannya dan ibunya yang sedang sakit.

    “Dia sebenarnya mahu melamar kekasihnya sehari selepas hari kejadian, namun hajatnya tidak kesampaian,” tambahnya.

    Sebelum ini, walaupun memaparkan aksi berbahaya di laman media sosialnya, Wu tetap memberi amaran agar penonton tidak meniru aksi berbahaya tersebut. - AstroAwani

    Subjects:

  • No Comment to " Kerana gian 'bertenggek', lelaki maut terjatuh dari tingkat 62 "