• Kerajaan Tidak Pernah Pinggirkan Kebajikan Rakyat Di Pedalaman

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    Foto Sarawakvoice
    LIMBANG: Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata kebajikan rakyat di pedalaman khususnya kaum Penan tidak pernah dipinggirkan.

    Katanya, kerajaan telah membangunkan prasarana asas termasuk jalan raya bagi menghubungkan kaum minority itu dengan dunia luar.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, kerajaan turut membina sekolah di Long Napir untuk memastikan anak-anak luar bandar mendapat pendidikan sempurna.

    “Rancangan pembangunan tidak pernah meminggirkan kebajikan kaum Penan malah berterusan membela nasib mereka.

    “Sebelum ini banyak dakwaan terutamanya daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing bahawa kaum Penan terpinggir daripada arus kemajuan. Ini semua tidak benar kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka,” katanya

    Malah, katanya, kestabilan politik memudahkan kerajaan untuk melaksanakan pelbagai pembangunan termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

    Hasbi memberitahu, kerajaan sentiasa membantu kaum itu dalam semua bidang termasuk dalam pendidikan supaya mereka boleh melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tinggi.

    “Ini kerana kerajaan menyedari hanya melalui pendidikan sesuatu kaum itu dapat mengubah nasib mereka,” katanya lagi.

    Menurut beliau, penanaman kelapa sawit yang diusahakan di negara ini salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi penduduk di pedalaman. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Tidak Pernah Pinggirkan Kebajikan Rakyat Di Pedalaman "