• Kerajaan Negeri Rancang Pelbagai Projek Pembangunan Di Satok

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri merancang membangunkan Satok sebagai pusat perniagaan dan ekonomo baharu di bandar raya ini dalam tempoh tiga tahun kan datang, kata kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, untuk menjayakan usaha tersebut, pihaknya telah merancang pelbagai projek pembangunan di ‘Satok baharu’ ini.

    “Antaranya termasuklah membina menara pintar berkembar 13 tingkat di tapak BINAMARA manakala yang sedang dirancang adalah pembesaran Jalan Datuk Ajibah Abol dan Jambatan Bintangor yang baharu dilengkapi sistem cahaya LED yang moden.

    “Ini menjadikan pusat jantung Kuching ini akan terus relevan dan penting pada masa depan,” ujarnya.

    Beliau memberitahu, penyertaan Permodalan Satok Berhad kini masih tertutup namun akan dibuka kepada orang ramai dalam tempoh tiga tahun, apabila modalnya meningkat.

    Ketika ini, permodalan yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Aziz Hussain itu telah melabur dalam loji metanol yang sedang dibangunkan di Samalaju, Bintulu. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Negeri Rancang Pelbagai Projek Pembangunan Di Satok "