• Kerajaan Negeri Bakal Bangunkan Pelancongan Tasik

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    Kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan merancang untuk menjadikan tasik di negeri ini sebagai destinasi pelancongan.

    Memetik laporan The Borneo Post, Menterinya Datuk Abdul Karim Hamzah berkata tasik boleh dijadikan tarikan pelancongan utama masa depan.

    "Selain dari pemandangan indah di tasik, aktiviti lain dapat dibangunkan seperti sukan air, memancing atau bahkan bot berlayar," katanya.

    Beliau berkata kementeriannya juga sedang mengkaji beberapa aspek pembangunan untuk dijadikan tempat pelancongan.

    "Sebarang aspek eko-pelancongan kami termasuk hutan hujan tropika, gua, tanah lembap, pantai, tasik dan taman negara yang boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan,"

    Tambahnya, Sarawak mempunyai empangan kuasa elektrik hidro di Bakun, Batang Ai, Murum dan Baleh, yang boleh menjadi tempat pelancongan jika dibangunkan dengan baik, selain menjana elektrik.

    "Memandangkan kos yang besar untuk membangunkan infrastruktur dengan tarikan-tarikan ini, kita perlu membina secara beransur-ansur - tidak serentak," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Negeri Bakal Bangunkan Pelancongan Tasik "