• Kerajaan BN Terus Rai Perbezaan Kaum

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    TEMERLOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus meraikan perbezaan kaum dengan mengekalkan sekolah pelbagai aliran yang wujud sejak sekian lama di negara ini.

    Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, meskipun banyak negara seperti Singapura dan Indonesia mengamalkan sekolah satu aliran tetapi Malaysia akan terus melaksanakan sekolah pelbagai aliran yang meliputi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

    “Kerajaan BN akan terus meraikan perbezaan pada hari ini dan sampai bila-bila. Biarlah ada perbezaan tetapi kita semua terus melangkah maju bersama-sama,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Lanchang di sini hari ini.

    Yang hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan BN Terus Rai Perbezaan Kaum "